Tuesday, April 28, 2009

AKIBAT TERSALAH PILIH

24.04.09 di Bangi.

Seorang ayah kini sedang dalam proses membuat tuntutan di mahkamah untuk cuba mendapatkan perintah mahkamah untuk mendapat hak keatas keseluruhan manfaat sewaan rumahnya sendiri, tetapi telah di bawah pemilikan syarikat yang ditubuhkan sendiri untuk menjaga kebajikan anak-anak perempuannya.

Tiga orang dari lima anak-anaknya mengemukakan kes saman ke atas nya, untuk cuba mendapatkan hak dan manfaat sewaan rumah tersebut, atas dasar mereka adalah ‘majority share holders’ di dalam syarikat tersebut.

Sinario menyaksikan ayah kepada 5 orang anak perempuan sahaja, dalam usia emasnya, 60an terpaksa mengambil langkah membawa kes pribadi dan keluarganya ke mahkamah syariah, dan mahkamah tinggi demi memastikan dirinya tidak tinggal sehelai sepinggang.

Ayah yang malang itu telah kehilangan aruah isterinya beberapa tahun yang lepas.

Beliau dan aruah isteri mempunyai 5 orang anak perempuan. Sudah dewasa dan mempunyai pekerjaan dan kehidupan masing-masing. Ayah tersebut maklum bahawa jika dia tidak buat apa-apa perancangan, maka kesemua hartanya, yang terdiri dari 6 buah rumah dan lain-lain akan jatuh juga kepada adik beradiknya sebagai waris asobah.

Oleh itu ayah dan ibu yang sangat sayang kepada anak-anaknya, telah bertindak membuat perancangan harta di kala hidup lagi.

Mereka telah daftarkan anak-anak dan diri mereka sendiri sebagai shareholder di dalam syarikat sdn bhd. Sebuah rumah yang menghasilkan sewa RM4500 sebulan didaftarkan di bawah syarikat tersebut.

5 buah rumah hasil jerih perih ayah ibu diPINDAHMILIK LANGSUNG kepada nama anak-anak tersebut.

Saham dalam syarikat semua telah DITUKAR TERUS kepada nama anak-anak yang dikasihi.

MALANG baginya…setelah isterinya meninggal dunia, berlaku perselisihan faham antara anak-anaknya berserta menantu, dengan ayah tersebut. 5 anak orang tersebut telah terbahagi kepada ‘2 camp’. Satu pihak telah membuat tuntutan di mahkamah supaya hasil sewa rumah di bawah nama syarikat diberi kepada mereka sebagai shareholder terbesar . Hasil sewa tersebut adalah merupakan punca pendapatan ayah malang tersebut, yang berumur dalam lingkungan 60an.

DI MANA SILAPNYA…..PERANCANGAN HARTA SECARA SYARIAH HARUS MENGAMBIL KIRA KEBAJIKAN DIRI….DAN KEBAJIKAN PASANGAN DI HARI TUA….

PINDAHMILIK…. BUKAN dan BUKAN merupakan instrumen terbaik dalam PERANCANGAN PERWARISAN HARTA ANDA……

Ada cara perancangan harta lain yang lebih selamat………….apa komen dan analisis anda kepada sinario sebegini